Aku MilikMu
Nun nian di hati
Kian tertanya-tanya
Milik siapakah aku?
Lantas aku meronta-ronta dalam kelam
Mencari jawapan yang tiada penghujungnya
Namun...
Kian aku mencari...
Kian jauh...
Jauh dari pandangan mata hatiku
Hatiku bertanya lagi
Aku milik siapa?!
Aku berfikir sejenak...
Berfikir akan suatu tempat
Tempat yang pernah ku jejaki suatu masa dahulu
Tempat di mana aku pernah bermadu kasih denganNya
Tempat di mana aku pernah berjanji setia denganNya
Dan aku berjanji tidak akan meninggalkanNya
Buat selamanya-lamanya...
Sidratul Muntaha menjadi saksi
Saksi kepada perjanjian ini
Saksi kepada ikatan kasih ini
Yang telah termeterai jauh dalam sudut hatiku
Yang melahirkan perasaan cinta yang agung
Yang lebih agung berbanding Romeo & Juliet
Kerana cinta yang agung ini adalah...
Cinta yang kekal abadi buat selama-lamanya...
Kini ku tahu
Aku milikMu
Aku milikMu buat selama-lamanya...
Nukilan,
Hamba Allah,
Zikri


10:10 AM
Zikri Zainudin

0 comments:
Post a Comment