Saturday, July 28, 2007

Luahan Rasa

Bagaimana hendak aku luahkan apa yang tersirat di hati?
Sedangkan aku insan yang sentiasa menyepikan isi hatikan
Hanya Dia yang tahu apa isi hatiku
Bukan keluhan dan bukan juga sindiran
Tapi peringatan buatku dan jua buat akhi serta akhwat
Yang bersedia untuk berjuang demi menegakkan kebenaran dan keadilan

Aku bukanlah insan yang kuat dan kental
Aku cuma hamba Allah yang lemah tetapi cuba untuk menjadi sebaik-baik insan
Kuat dari segi rohaninya, jasmaninya, emosinya dan keintelektualannya
Aku tahu aku sentiasa melakukan dosa dan maksiat
Tapi aku sedaya upayaku menghindar diri ku dari perbuatan yang keji
Aku tahu aku hampir tercicir di sepanjang jalan dakwah
Tapi atas nama perjuangan
Tapi atas nama Islam
Tapi atas nama Allah
Aku kuatkan hatiku
Aku kuatkan imanku
Aku kuatkan semangatku
Kerana itulah destinasi ku

Hatiku hanya untuk Allah
Fikiranku hanya untuk Allah
Amalanku hanya untuk Allah
Ayuh akhi dan akhwat
Bangunlah dari tidurmu
Kerana tidurmu tidak menjamin apa-apa kebahagian untukmu
Kerana tidurmu tidak dapat memberikan manfaat
Kerana tidurmu tidak mengenyangkanmu
Kerana tidurmu sentiasa melalaikanmu
Bangunlah wahai orang muda
Isilah harimu dengan ketaqwaan dan keilmuan
Siapkanlah dirimu dengan taqwa dan ilmu
Agar engkau tidak menjadi pahlwan di kesiangan hari
Bangkitlah kerana kebangkitan itu
Mampu membawa kepada perubahan

Ya Allah
Engkau sempurnakanlah iman kami
Engkau khusyukkan hati kami
Engkau berikanlah ilmu yang bermanfaat buat kami
Engkau berikanlah kami keyakinan yang benar-benar mantap
Engkau berikanlah kami cara hidup yang jitu serta unggul

Ya Allah
Kami berlindung dibawah naunganMu mengharapkan keredhaanMu
Maka satukahlah hati-hati kami
Untuk terus berjuangan di jalanMu
Biarpun halangan merentasi perjalanan kami

Ya Allah
Kurniakan kami lidah yang basah Yang sentiasa menyebut-nyebut namaMu
Hati yang sentiasa mengingati dan berpaut padaMu
Serta badan yang ringan melakukan ibadat kepadaMu
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Design Blog, Make Online Money